GERAN PENYELIDIKAN ZA’BA
INSTITUT PERADABAN MELAYU
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada tahun 2001, dengan tujuan untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan mengenai pelbagai bidang sosial, sains, ekonomi, perniagaan, teknologi yang bertaraf antarabangsa. Satu jawatan berprestij yang bertaraf profesor iaitu Penyandang Kursi Za’ba, diwujudkan dengan tertubuhnya Institut Peradaban Melayu. Selaras dengan itu, Institut telah menubuhkan Geran Penyelidikan Za’ba untuk meneruskan idealisme yang diperjuangkan oleh Za’ba agar tradisi Pejabat Karang Mengarang, tetap hidup subur. Geran ini dibiayai oleh dana yang diperolehi dari Kursi Za’ba, di mana peruntukan diberi kepada penyelidik dalam pelbagai bidang kajian yang dipersetujui. Dengan adanya Geran Penyelidikan Za’ba yang melestarikan nama Pendita Za’ba diharap dapat memperteguhkan bidang penyelidikan dan penerbitan yang bertaraf antarabangsa mengenai dunia Melayu.
Objektif
1. Menjadi sumber rujukan yang bertaraf antarabangsa mengenai dunia Melayu.
2. Menjalankan penyelidikan yang berkualiti dan menepati keseluruhan aspek kehidupan.
3. Bergerak aktif dalam melahirkan penyelidikan yang membantu mengembangkan minda kelas pertama.
Geran yang ditawarkan
1) Jangka masa kajian : 6 – 12 bulan
2) Jumlah geran : RM 5,000 – RM15,000
Syarat-syarat Menjalankan Penyelidikan
1) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kepakaran mereka.
2) Penyelidik boleh terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan ilmu yang berpengalaman dalam penyelidikan dari dalam dan luar negara.
3) Penyelidik boleh mencadangkan projek yang ingin dijalankan dan satu sinopsis diperlukan untuk menghuraikan tajuk dan tujuan penyelidikan, serta kaedah pengumpulan dan analisis data.
4) Objektif projek penyelidikan hendaklah berpatutan dengan jangka masa projek. Penilaian akan ditekankan kepada latarbelakang projek, literature review, metodologi serta kos kajian.
5) Penyelidik juga dikehendaki menyerahkan perkembangan penyelidikan yang dilakukan pada tarikh yang ditetapkan.
6) Pada akhir projek, penyelidik dikehendaki menyerahkan hasil penyelidikan dalam bentuk soft copy dan hard copy yang akan dipertimbangkan untuk penerbitan.
7) Penyelidikan yang dipersetujui adalah tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian Penyelidikan yang ditetapkan oleh Institut Peradaban Melayu.
8) Penyelidik yang projeknya diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Institut Peradaban Melayu akan diberi gelaran Felo Penyelidik IPM.
Tema dan Tajuk Kajian
Sila ambil perhatian bahawa tema serta tajuk yang dicadangkan hanyalah panduan. Calon bebas untuk mengemukakan tema dan tajuk yang lain, selagi ianya selaras dengan objektif-objektif yang telah dinyatakan. Antara tema yang dicadangkan ialah yang menyentuh aspek:
i) Bahasa dan Kesusasteraan
ii) Agama dan Sistem Nilai
iii) Seni dan Budaya
iv) Sains dan Teknologi
v) Perniagaan dan Pengurusan
vi) Alam Bina dan Sekitaran
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menghantarkan salinan biadota, dan sinopsis projek penyelidikan kepada:
Pengarah dan Penyandang Kursi Za’ba
Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjong Malim, Perak.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
No Telefon: 05-4584142, 05-4506095, 05-4506079
No Fax: 05-4584143
E-mel: ipm@upsi.edu.my atau ipmupsi@gmail.com atau layari laman web IPM di http://ipm.upsi.edu.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan